Pages

Friday, February 25, 2011

Shahir Dsyaki Sakit Kanser Hati?







sumber gambar : utusan online

owh .. patutlah sejak 2 menjak dia senyap jer. hurm..bahaya jugak yer .. tapi hopefully lah tak betul .. ye la .. i like shahir~!! huhuhu ..

and hopefully, kalau betul pun, dia dapat diubati. dengar jer perkataan KANSER, takut dibuatnya.macam yg shahir bagitau (dlm berita), dia jadi gelisah, tak tau nak buat apa.rasa macam nak MATI jer. hurm .. kalau aku pun akan rasa mende yg sama. cuma aku berharap aku dapat diubati. kos perubatan mcm mana??? ha .. alhamdulillah, aku dah ada medikal kad.dapatlah kurangkan beban mak & abah.


sama2 kita doakan kesihatan Shahir. Amin~
(dan kesihatan kita juga)










[ real story ] - ambil insurans masa SIHAT


hai, apa khabar anda hari ni?sihat? alhamdulillah. apa? sakit? cepat2 jumpa doktor. kadang2 bila kita tangguh2 jumpa doktor, padahal kita tahu badan kita tak berapa sihat, lain macam, tapi tangguh2, lepas tu fikir "esok2 baik la ni.sikit aje .." hurm .. jgn begitu, kdg2 yg sikit2 tu lama2 boleh jadi serius. 


"mencegah lebih baik dr mengubati" 

ya betul.dan lagi satu pepatah "sediakan payung sebelum hujan". 

ada kene mengena ke?eh , mestilah ada. ambil insurans semasa kita SIHAT, bukan bila dah pernah masuk hospital, baru nak carik insurans. kenapa? sebab waktu kita sakit, dah susah nk dapatkan insurans.kalau dapat pun, tak dapat benefit macam org sihat. 


bukan apa, ini yg pernah berlaku.real story. dah 2,3 case yg aku tengah handle sekarang ni.yelah, ada seorang prospek ni, aku dapat dari phone call.dia memang tgh cari insurans.tak pernah2 buat phone call,jwpn sepositif ni.hurm ..bila jumpa jer, find out yg dia pernah masuk hospital last year. sakit serius jugak.takpe, aku nak try submit dulu.then bila tanya leader, dia kata maybe exclusion.MAYBE ..so tak tau lagi la kan.report doktor takleh nk jangka.aku call prospek.tetiba dia kata hold dulu.hurm.nak pikir kot. esok nya aku call. "kak, apa kata hantar dulu.yelah.taktau lagi report doktor macam mana.mana tau lucky akak.tapi kalau mmg exclusion, still boleh cover yg lain." .. "takpelah ..akak cari solution lain.akak cari agent lain" .. huh?agent lain? "kak, sama je kak.Prudential yg buat keputusan, bukan agent" .. "takpe2, akak ada agent lain yg boleh kautim" .. "hurm.okla kak.kalau mcm tu.akak proceed dgn agent tu.thanks kak.Assalamualaikum" aku fikir positif jer.takpelah .. bukan rezeki aku.tapi aku nk bagitau kat sini. 'KAUTIM' yg dia maksudkan, maybe dia nk hiding dia nye medical history. takpelah.hopefully dia dpt la lepas. tapi selalunya akan datang masalah bila nak claim nanti.yelah, dah ada record.kat hospital panel lagi.kalau tak disclosed, lagi menjadi masalah. daripada dapat cover lain2 penyakit, nnt langsung tak dpt apa. kan dah rugi tu?


ya, abah aku pun pernah nak ambil insurans. masa tu memang ada wakil insurans yg berjumpa dengan dia untuk abah aku ambil. tak sempat ambil, 2bulan lepas tu abah aku kena heart attack.rupa2nya 2 saluran kat jantung dia tersumbat.ni makan punye pasal la.tak control. jadinya abah aku sah2 kena operate.bypass. ha... wakil insurans tu langsung tak jumpa abah aku.melawat pun tidak.yelah , event tak sempat nak jadikan abah aku as dia nyer client pun, apa salahnya melawat. abah buat operation bypass kat IJN. tau berapa kos?? RM60,000~!!!! nasib baik la DBKL boleh tanggung semua. 2 bulan lebih duduk kat rumah.yelah .. nk tunggu baik semula. itu yg DBKL tanggung.kami sekeluarga tanggung?? minyak ulang alik dr rumah ke IJN, makanan, ubat2 susulan, parking kereta.  rasa2nya kalaulah kita ni yang takde insurans, tempat kerja kita pulak tak cover banyak macam tu...macam mana ye??? agak2nya kena jual rumah kot. nak mintak derma pun susahnyer nak dapat kan?


jadinya .. ambillah insurans masa kita sedang SIHAT. disamping jagalah kesihatan kita (jaga pemakanan, senaman buat 3 kali seminggu)


p/s : dengan medikal kad prudential bsn takaful, Kami bayar bil hospital bila anda SAKIT, dan kami bayar BONUS bila anda SIHAT~!! Bagus bukan?????



Saturday, February 12, 2011

[ PBTB ] - PruBSN Ummah - memenuhi keperluan rohaniah,perlindungan dan simpanan.




Antara pelan/produk terbaru daripada Prudential BSN Takaful.Mungkin ramai juga yg tidak tahu mengenai produk terbaru ni,kurang pendedahan..mungkin.Iklan di TV dan akhbar tempatan yang dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful mungkin juga tidak disedari masyarakat, terlepas pandang kot.Tidak mengapalah.Disini saya menerangkan serba sedikit mengenai PruBSN Ummah.


Rata-rata orang yang saya jumpa,bila saya menceritakan mengenai simpanan untuk pergi haji dan umrah, mereka kata "takpe,saya dah potong gaji bulan2 masuk dlm Tabung Haji"..jawab saya "baguslah.berapa ringgit sebulan?" .."tak banyak.RM50 je.cukuplah kan,dari takde". hurm.saya tanya lagi "agak-agak berapa lama tu nak pergi haji or umrah". jawabnya pula "tunggu sampai cukuplah.mungkin lepas pencen nanti dapatlah pergi" .. saya jawab : "ooo.. alhamdulillah.dah ada perancangan.bagus tu.err..pernah tak keluarkan duit dari tabung haji?waktu2 terdesak ke?" .. dia tersengih .."hehe..pernah.sekali sekala bila nak pakai duit.terpaksa la jugak keluarkan" .. saya tersenyum dan membalas "ha...kalau macam tu,lambat lagi la nak cukupnya simpanan utk pegi haji.encik nak dengar tak pelan PruBSN Ummah ni?Encik tahu tak, dengan pelan ni, memang dah terjamin encik akan tunaikan haji, tak kiralah encik hidup ke, sudah meninggal dunia ke?" .. dia pandang aku.hairan. "macam mana pulak dah meninggal nak tunaikan haji? pelik tu" .. "ha.... inilah saya nak cerita....." .....

...begitulah serba sedikit ceritanya...tahu tak? kerana begitu yakin dengan keistimewaan pelan ni, saya sendiri sudah pun mendaftarkan diri sebagai peserta PruBSN Ummah.Tak mahal pun.ikut umur,jenis pekerjaan, jumlah dan terma perlindungan yang saya mahukan; hanya RM51.90 sebulan!!!.

 sukenyer .. tak sangka pulak dpt kad mcm ni.

Ya, dari dulu teringin nak pergi umrah bersama mak&famili.hopefully dalam masa 5tahun akan datang, dapatlah aku ke Makkah.Amin~


Seperti yang telah saya ceritakan,pelan ini sama sekali bukanlah untuk menggantikan Tabung Haji, tapi ianya sebagai alternatif tambahan atau simpanan tambahan untuk menampung kos menunaikan haji yang dikhabarkan bakal meningkat. Persediaan awal amat perlu untuk memastikan rukun Islam kelima dapat kita tunaikan.

Pelan unik ini bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti

1. Elaun Haji
2. Badal Haji
3. Manfaat Berganda
4. Penulisan Wasiat Islam

..dan sebagai peserta yang setia, anda mungkin layak menerima bonus loyalti~!!



mahu tahu lebih lanjut?jangan segan-segan hubungi saya. Untuk perkara baik, apa salahnya kita sharing2... sharing is caring. ;)



Friday, February 11, 2011

[ Video ] - PruMyChild .. by sheila majid








this video create by PAMB (thanks to PAMB)

[ Video ] - Life insurance .. how does its work

Alhamdulillah, kesedaran masyarakat Malaysia tentang insurans semakin meningkat. ada lagi yang tak tau? hurm .. terjumpa video ni di youtube. jom tengok~!!

[ Video ] - konsep takaful

semasa sedang mencari idea untuk my blog, search sana sini, terjumpalah satu video yang menarik untuk saya kongsikan. jumpa kat youtube.




thanks to bafadmin yg create & share video ni di youtube. ;)

[ realstory ] - tentera pun perlu insurans.

"takpe, saya tentera.goverment cover"
- ayat ni aku dengar dari seorang lelaki yang lalu depan booth kami di jalan pahang,suatu ketika dulu. masa tu aku menghulurkan flyers untuk dia baca.terbantut.tarik balik flyers tu dan senyum je kat dia.

Semasa sibuk2 mencari arkib berita di web Utusan Malaysia, aku terjumpa berita ni : "Mahmud - Jual rumah untuk rawat penyakit"  - seorang bekas anggora TUDM, yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan penyakitnya. Berita Lanjut klik sini.

jadi ... renung-renungkan ... fikir-fikirkan lah.

Monday, January 10, 2011

[ realstory ] - kos perubatan bypss jantung.

malam ni cadangnya mahu buat prospecting. biasalah, dalam bisnes, proses prospecting amat penting. cari punya cari, teringat kat member2 sekolah teknik KL. gi kat page encik google ( marah puan google kan?? :P ), taip 'TIKL' .. so keluarlah beberapa link ... and link yg menarik minat aku ialaha ALUMTEK.NET. owh ...yelah ..aku pernah masuk DULU. pastu dah tak masuk dah. ni kira masuk balik lah. main page terus ada pernyataan ni :

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL), Sdr Hanizan a.k.a Bulues 86/87  telah disahkan akan menjalani pembedahan jantung di IJN pada 5 Oktober 2010. Setelah dikajiselidik dan mendengar penjelasan dari beliau & isteri, dapat diringkaskan:

* Kos pembedahan yg diperlukan dianggarkan RM80,000.00 (termasuk kos selepas pembedahan + ubat2an).
* Pembedahan (Bypass 3 saluran utama) dijadualkan pada 5 Oktober 2010.
* Kos 8 hari semasa di CCU IJN tempohari RM8,000.00

* Beliau berkerja sendiri.
* Tanggungan: Isteri (suri rumah sepenuh masa) & 4 orang anak (3 bersekolah).
* Beliau tidak memiliki/dilindungi apa2 skim insuran.


Berdasarkan maklumat di atas, pohon perhatian & pendapat Yg Berbahagia Tan Sri/Dato Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan & rakan-rakan sekelian untuk kita usahakan sedikit kempen mengumpul dana " Ikhlas Lillahitaala" untuk membantu meringankan sedikit beban kewangan yg beliau sekeluarga hadapi.
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik/bakti yang telah Yg Berbahagia Tan Sri/Dato Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan & rakan-rakan sekelian curahkan.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui/terus ke akaun : Hanizan Ma'arof ~ 200990744315 Affin Bank


bila tengok date posting... la...dh lepas.. tahun lepas. apa lah agaknya cerita Saudara Hanizan ye?harap2lah dia sudah pulih sepenuhnya. tapi tengoklah, terpaksa minta derma ikhlas dari yg lain2.itupun kalau mereka sudi menghulurkan bantuan. dan paling memilukan, beliau tidak dilindungi oleh mana2 syarikat insurans. owh, yelah .. bekerja sendiri ni, kadang2 terlupa fikir untuk diri sendiri. diakui, kurangnya kesedaran dalam masyarakat/kaum melayu sendiri berkenaan insurans hayat/diri.kalau insurans kereta, cepat aje membayarnya (yelah, kalau tak bayar, roadtax tak dapat dikeluarkan, tak dptlah nak jenjalan). tapi kalau dah sakit kritikal, kereta tu pun dah tak boleh pakai.silap2 terpaksa digadaikan untuk menampung kos perubatan yg tinggi. (semakin tahun semakin naik kos perubatan).

jadinya ...apakah penyelesaiannya???
ambillah insurans hayat (sekurang2nya dapatlah cover bil rawatan hospital).. kalau ada simpanan, duit tu boleh digunakan untuk hal2 lain.nah ... "biarkan Kami bayarkan Bil Rawatan Anda" - prudential BSN Takaful.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...